Nona Manis berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Rasanya seakan kuih talam pandan, cuma rupa bentuknya agak berbeza. Selain dari bentuknya yang asal, saya juga buat dalam bentuk bunga-bunga.
Nona Manis
Resipi Asal: Warisan Mama
Sumber Rujukan: Azlita Aziz (Di sini)
Dicuba oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan- bahan A:
1 biji telur
1/2 cawan gula halus (saya guna gula castor)
1 cawan santan (saya guna santan segar)
1 cawan tepung gandum
Satukan gula, tepung dan santan. Kacau sebati dan ketepikan. Pukul telur hingga kembang dan campur dengan bahan tadi Saya satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga sebati). Ketepikan.
Bahan-bahan B:
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar bersama 1/2 cawan air, kemudian ditapis)
1/4 cawan gula halus (saya guna gula castor)
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pandan emulco jika suka ( saya tak guna)
Satukan semua bahan dan masak atas api sederhana sehingga pekat, berkilat dan adunan meletup-letup. (Saya kisar semua bahan dalam blender sebelum masak hingga pekat dan berkilat). Satukan adunan ini dengan adunan A tadi dan kacau sebati hingga mendapat adunan yang pekat dan licin.
Bahan-bahan C:
1 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam (saya letak skit jer garam)
Satukan semua bahan C (saya kisar semua bahan dalam blender) dan kacau atas api sederhana hingga pekat. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam piping beg. (Saya buat 1 1/2 adunan untuk adunan C ini)
Panaskan kukusan dan balut tudung pengukus dengan kain. Sapu acuan lompang (saya guna acuan lompang dan acuan tart) dengan minyak. Masukkan adunan hijau 3/4 penuh acuan (saya letak lebih sedikit dari 1/2 acuan, tapi tak sampai 3/4 penuh sebab nakkan bahagian hijau tu nipis sedikit). Kemudian paipkan adunan putih di tengah2 tengah adunan hijau sehingga adunan naik hampir penuh acuan. Kukus selama 7-10 minit menggunakan api sederhana. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment