Biskut Lidah Kucing merupakan biskut moden yang sangat popular terutama semasa musim perayaan. Semasa raya aidilfitri, biskut ini antara biskut yang banyak terdapat di
gerai yang menjual biskut raya. Warnanya yang seperti warna pelangi amat cantik dan mampu
menarik minat ramai golongan untuk mencubanya. Biskutnya rapuh dan enak
sekali. Disebabkan saya tidak punya acuan untuk biskut ini jadi saya buat dalam bentuk freehand sahaja.
Biskut Lidah Kucing Freehand Version
Sumber resipi: Kak Wan @ Blog Citarasawan (sila lihat di sini)
250gm mentega
175gm gula castor (sy pakai gula aising)
100ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Saya tambah sedikit esen vanilla
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan emplex. Ketepikan. Satukan mentega dan gula dan pukul hingga kembang. Masukkan putih telur dan vanilla dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan bahan2 yg diayak tadi dan gaul rata. Bahagikan kepada 5 bahagian dan warnakan. Masukkan ke dalam piping beg dan gunting hujungnya. Alas dulang dengan kertas minyak dan paipkan adunan pertama berbentuk garisan lurus sepanjang 1 inci. Paipkan adunan kedua berbentuk bujur keliling adunan pertama tadi. Ulangi dengan warna seterusnya hingga habis semua warna. Kalau ikut Kak Wan (tuan punya resipi) bakar pada suhu 150 drj, tp saya bakar pd suhu 180 drj. Bakar hingga garing. Jangan bakar terlalu lama, nanti warna biskut pudar dan nampak tak cantik.
Nota: Biskut ini mengembang bila dibakar. Kalau nk biskut yg lebih kecil, guna 3-4 warna sahaja..
No comments:
Post a Comment