Idea asal untuk buat biskut ini datang bila ternampak ada yang menjual biskut yang berbentuk donut mini dengan topping yang pelbagai. Nampak begitu menarik sekali jadi sayapun cuba buat menggunakan resipi sendiri. Alhamdulillah mendapat sambutan yang hangat dari ahli keluarga sendiri dan juga pelanggan. Yang buat baru-baru habis dalam sekelip mata sahaja.
Mini Donut Cookies
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan-bahannya:
40 g shortening
200 g butter
1 biji telur (gred B)
1 1/4 cawan gula halus (guna 1 1/2 cawan jika suka manis)
1 1/2 sudu teh vanilla
Extra tepung gandum jika perlu
Bahan yang diayak bersama:
3 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 cubit emplex jika nak biskut yang rangup - optional
Bahan untuk sadur:
Cooking choc (boleh juga guna white choc, milk choc atau dark choc. Nak guna 2-3 jenis pun boleh.. Biasanya saya guna dark choc n white choc untuk dapatkan rasa yang berlainan)
Topping:
Nestum
Kelapa kering
Serbuk roti (yang kering dan berwarna putih)
Kekacang
Hundred thousands
Atau lain-lain yang susuai
Cara membuatnya:
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga betul-betul kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh yang lembut (tak semestinya guna semua tepung tu). Kalau terlalu lembik boleh tambah sedikit lagi tepung. Canai adunan dan terap kepada bentuk donut. Kalau tak ada acuan donut yang kecil, bolah guna kaedah yang saya guna. Terapkan bentuk bulat dan untuk lubang bahagian tengahnya terap menggunakan straw. Susun atas dulang bergris dan bakar pada suhu 180-190 darjah selama 12-18 minit mengikut oven serta saiz biskut. Setelah biskut sejuk, cairkan coklat dan celup permukaan biskut dalamnya. Selepas itu celupkan permukaan biskut yang bersalut coklat di dalam topping kegemaran. Biar hingga coklat set baru disimpan dalam bekas kedap udara. Kalau nak coklatnya beku dengan lebih cepat, boleh disimpan sebentar dalam bilik berhawa dingin atau dalam petiais.
Mohon Share resepi trma ksh
ReplyDelete