Ilham untuk membuat German Cookies berbentuk bunga-bungaan ini timbul setelah berjumpa beberapa gambar Thai Cookies yang sangat menarik dan berbentuk bunga-bungaan. Tentu sekali biskut ini menjadi tarikan jika dihidangkan pada musim perayaan. Juga sangat sesuai dijadikan hantaran perkahwinan atau pertunangan.
Bahan-bahan untuk membuat German Cookies ini:
125 g butter
125 g tepung kentang (potato starch)
80 g tepung superfine atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
40 g gula aising (diayak)
Secubit garam (saya tak letak sebab saya guna salted butter)
Sedikit pewarna pilihan (saya guna merah jambu untuk kelopak dan hijau untuk inti bunga)
Sedikit vanilla
Cara membuatnya:
Pukul butter bersama gula aising dan vanilla hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati. Rehatkan sebentar (saya rehatkan selama 15 minit).
Doh yang telah diadun, dibahagikan kepada 3 bahagian:
Yang pertamanya ditimbang seberat 30g dan diwarnakan untuk dijadikan inti bunga (saya warnakan dengan warna hijau)
Yang keduanya ditimbang seberat 100 g dan diwarnakan untuk dijadikan kelopak bunga (saya warnakan dengan warna merah jambu)
Doh yang selebihnya dibiarkan kosong.
Ambil doh berwarna putih dan bentukkan memanjang. Potong doh kepada 2 bahagian. Setiap potongan doh dipotong lagi kepada 2 bahagian supaya mendapat 4 potongan doh. Ulangi langkah memotong setiap potongan doh kepada 2 bahagian sehinggalah sebanyak 32 potongan doh. Ulangi langkah yang sama dengan 2 lagi doh (merah jambu dan hijau).
Untuk membentuk bunga, ambil satu bahagian doh berwarna putih dan leperkan. Ambil pula sepotong doh berwarna merah jambu dan bulatkan. Letakkan doh berwarna di atas doh putih dan balut doh berwarna sepenuhnya dengan doh putih. Bulatkan doh dan susun atas dulang atau bekas yang disapu minyak. Simpan dalam petiais selama 15-20 minit sehingga keras sedikit dan mudah untuk dipotong. Jangan simpan terlalu lama dalam petiais nanti pecah bila dipotong.
Keluarkan 3-4 biji doh dari peti sejuk dan potong kepada 2 bahagian. Potong lagi setiap potongan kepada 3 bahagian (rujuk gambar di atas) supaya mendapat sejumlah 6 potongan doh. Susun keenam-enam potongan doh tadi di atas dulang bergris membentuk bunga. Pastikan bahagian tengahnya bercantum antara satu sama lain.
Untuk membuat inti bunga, ambil sepotong doh yang telah dipotong sebanyak 32 bahagian tadi dan bulatkan. Kelar di atasnya secara bersilang menggunakan pisau.
Sapu putih telur pada bahagian tengah bunga dan lekatkan inti di tengahnya. Ulang sehingga habis. Bakar pada suhu 170-180 darjah sehingga masak.
Cantik bukan bila disusun di dalam balang!
German Cookies Versi Bunga
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
125 g butter
125 g tepung kentang (potato starch)
80 g tepung superfine atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
40 g gula aising (diayak)
Secubit garam (saya tak letak sebab saya guna salted butter)
Sedikit pewarna pilihan (saya guna merah jambu untuk kelopak dan hijau untuk inti bunga)
Ayak tepung superfine dan tepung kentang. Ketepikan.
Satukan gula aising dan butter dan pukul hingga kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balikkan hingga rata. Rehatkan adunan sebentar (saya rehatkan selama 15 minit)
Timbang adunan sebanyak 30 g dan warnakan dengan warna pilihan untuk dijadikan inti bunga.. Saya warnakan dengan warna hijau..
Timbang pula adunan sebanyak 100 g dan warnakan untuk dijadikan bahagian dalam kelopak bunga (saya warnakan dengan warna merah jambu)..
Doh yang selebihnya dibiarkan tanpa warna untuk dijadikan bahagian luar kelopak bunga. (Kalau suka boleh diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing)..
Ambil doh warna putih dan bentukkan memanjang. Potong doh kepada dua bahagian.
Setiap potongan doh tadi dipotong lagi kepada dua bahagian supaya menjadi 4 bahagian doh.
Ulangi memotong setiap potongan doh kepada dua bahagian sehingga mendapat 32 potongan doh..
Ulangi langkah yang sama dengan doh yang seberat 100g.. (Bentukkan memanjang dan potong kepada 2 bahagian.. Ulangi memotong setiap potongan kepada 2 bahagian sehingga mendapat 32 potongan doh)..
Ambil sepotong doh berwarna putih. Gentel menjadi bulat dan leperkan. Ambil sepotong doh berwarna yang dipotong tadi dan gentel bulat. Letakkan di tengah-tengah doh putih.
Balut doh berwarna dengan doh putih sepenuhnya dan bentukkan bulat. Buat hingga habis adunan putih dan adunan berwarna. (Bebola doh ini akan digunakan sebagai kelopak bunga)
Susun bebola doh tadi atas dulang atau bekas yang disapu minyak dan simpan dalam petiais selama 15-20 minit supaya mudah untuk dipotong (jangan simpan terlalu lama dalam peti sejuk, nanti doh terlalu keras dan pecah bila dipotong)..
Sementara menunggu adunan yang dibentukkan bola tadi disejukkan, ambil adunan seberat 30g tadi dan bentukkan memanjang. Ulangi langkah memotong doh seperti di atas tadi sehingga mendapat 32 potongan doh. Ambil satu potongan doh, bulatkan dan kelar di atasnya secara bersilang dengan pisau..
Keluarkan beberapa biji doh yang disejukkan tadi (keluarkan 3-4 biji saja pada satu2 masa) dan potong setiap doh kepada dua bahagian.
Kemudian potong setiap potongan doh kepada 3 bahagian (maksudnya sebiji doh berbentuk bola tadi dipotong kepada 6 bahagian).. Susun di atas dulang bergris menjadi bentuk seperti dalam gambar dan pastikan bahagian tengah bunga bercantum antara satu sama lain. Buat sehingga habis...
Sapu putih telur pada bahagian tengah bunga dan letakkan sebiji doh yang dibentukkan menjadi inti bunga tadi di tengah-tengah bunga. Ulangi membentuk bunga dengan semua doh sehingga habis.
Bakar pada suhu 170-180 darjah lebih kurang 10-15 minit sehingga masak...
No comments:
Post a Comment