Translate

Tuesday 23 February 2016

Biskut Aiskrim (Versi Love)




Biskut Aiskrim ini merupakan salah satu biskut yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan semasa saya mengambil tempahan biskut raya dahulu. Resipi asalnya saya perolehi dari bonda saya yang sememangnya pakar dalam pembuatan biskut. Kali ini saya buat dengan penampilan yang sedikit berbeza iaitu berbentuk hati kerana kehilangan acuan yang berbentuk aiskrim.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut ini ialah:

120g butter
20 g shortening
60 g gula castor atau gula halus
200 g tepung gandum
30 g tepung arrow root (boleh gantikan dengan tepung ubi)
1/8 sudu teh (setengah dari 1/4 sudu teh) emplex
1/2 sudu teh vanilla
Coklat masakan atau kompaun
Badam cincang - dipanggang





Pukul butter, shortening dan gula halus hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga kembang.





Ayak tepung gandum bersama tepung arrowroot dan emplex. Masukkan ke dalam adunan butter yang dipukul tadi dan gaul hingga rata.





Adunan yang digaul tadi sedia untuk dicanah.





Canai adunan mengikut ketebalan yang diingini.





Canai pula dengan menggunakan pencanai yang bergerigi seperti dalam gambar.




Begini rupanya setelah dicanai menggunakan pencanai bergerigi





 Canai lagi sekali menggunakan pencanai bergerigi tapi pada arah yang bersilang dengan arah yang mula tadi seperti dalam gambar di atas.





Terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim (kali ni saya guna acuan bentuk hati sahaja).
Susun atas dulang bergris dan bakar pada suhu 170-180 darjah 10-15 minit hingga masak.





Beginilah rupa biskut aiskrim yang telah siap dibakar. 






Biskut yang telah dibakar dibiarkan sejuk dahulu sebelum dihias. 






Setelah biskut sejuk, celupkan sebahagian  dari biskut ke dalam coklat yang dicairkan (celupkan bahagian atas biskut dengan coklat jika menggunakan acuan berbentuk aiskrim). Tabur bahagian yang dicelup dalam coklat dengan badam cincang. Ketepikan sehingga coklat mengeras.










Jom semak resipinya sekali lagi:

Biskut Aiskrim (Versi Love)
Sumber resipi: Bonda Saya 
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahan:
120g butter
20 g shortening
60 g gula castor atau gula halus
200 g tepung gandum
30 g tepung arrow root (boleh gantikan dengan tepung ubi)
1/8 sudu teh (setengah dari 1/4 sudu teh) emplex
1/2 sudu teh vanilla
Coklat masakan atau kompaun
Badam cincang - dipanggang

Cara membuatnya: 
Ayak tepung gandum, tepung arrowroot dan emplex. Ketepikan.

Pukul butter, shortening dan gula halus hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga kembang.

Masukan tepung dan gaul hingga menjadi doh.

Canai adunan mengikut ketebalan diingini dan canai lagi atasnya menggunakan pencanai yang bergerigi 2 kali secara bersilang untuk dapatkan corak pada permukaannya seperti biskut dalam gambar. 

Terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim (kali ni saya guna acuan bentuk hati sahaja).

Susun atas dulang bergris dan bakar pada suhu 170-180 darjah 10-15 minit hingga masak.

Sejukkan dahulu biskut sebelum dicelupkan bahagian atasnya dalam coklat. Tabur dengan badam cincang pada bahagian yang dicelup coklat. 

Selamat Mencuba!





Kentang Panggang Yougurt





Idea untuk membuat Kentang Panggang Yougurt timbul setelah cuba memanggang ayam menggunakan perapan yang dibuat dari yougurt dan mendapat kepujian dari seluruh ahli keluarga. Alhamdulillah percubaan membuat kentang panggang yougurt ini berjaya menambat selera seluruh ahli keluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kentang panggang yang enak ini ialah:

5 biji kentang - dibuang kulit dan potong dadu sederhana besar 
3 ulas bawang putih - dicincang
100 ml plain yougurt
1/2 sudu teh paprika (kalau suka pedas boleh gantikan dengan serbuk cili)
Sedikit serbuk lada putih atau hitam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun parsley dan daun bawang - dicincang halus (boleh gantikan dengan herba lain yang digemari)
1/2 sudu teh jintan putih (biji) - jika suka


    


Kentang yang dipotong dicelur sebentar dalam air mendidih yang bercampur sedikit garam selama 
6-7 minit (separuh masak). Toskan airnya dan satukan dengan semua bahan-bahan lain.





Gaul sehingga rata dan perapkan di dalam bekas bertutup di dalam petiais sekurang-kurangnya 4 jam.






Panaskan kuali leper atau kuali ajaib dan masukkan sedikit saja minyak supaya kentang tidak melekat pada kuali. Masukkan kentang tadi bersama perapannya. Balikkan sekali sekala hingga empuk dan luarnya agak garing.






Kentang Panggang Yougurt sedia untuk dihidangkan. Sesuai dihidangkan bersama nasi panas sebagai juadah sampingan. Enak juga digandingkan bersama capati, naan, puri dan lain-lain.

Jom semak semula resipinya:

Kentang Panggang Yougurt
Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahan:
5 biji kentang - dibuang kulit dan potong dadu sederhana besar 
3 ulas bawang putih - dicincang
100 ml plain yougurt
1/2 sudu teh paprika (kalau suka pedas boleh gantikan dengan serbuk cili)
Sedikit serbuk lada putih atau hitam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun parsley dan daun bawang - dicincang halus (boleh gantikan dengan herba lain yang digemari)
1/2 sudu teh jintan putih (biji) - jika suka

Cara membuatnya:
Masak air yang agak banyak bersama sedikit garam, anggaran tenggelam kentang di dalamya. Bila air sudah mendidih, masukkan kentang dan masak atas api sederhana lebih kurang 6-7 minit hingga 3/4 masak. Angkat, tapis dan lalukan di bawah air yang mengalir sebentar untuk menghentikan proses memasak. Toskan airnya. Masukkan kentang ke dalam bekas dan masukkan yougurt, serbuk lada, serbuk paprika atau cili, jintan putih, parsley, daun bawang, gula, garam dan gaul hingga sebati. Tutup bekas tadi dan simpan dalam petiais selama beberapa jam. Panaskan magic pan atau kuali leper dan masukkan sedikit saja minyak. Bila sudah panas, masukkan kentang. Balikkan sekali sekala dan panggang hingga luarnya agak garing. 







Puding Cocoa Puff








Berbelas tahun saya mencari resipi Puding Cocoa Puff ini, akhirnya bertemu juga resipinya. Kali pertama menjamahnya sewaktu kenduri di kampung. Disebabkan tidak mengetahui nama puding ini maka saya tidak berjaya menemui resipinya. Hinggalah baru-baru ini saya terpandang di Facebook gambar puding cocoa puff ini, terus ingatan saya kembali pada puding yang lemak-lemak manis ini. 




Beginilah rupa biskut Cocoa Puff. Luarnya bersalut gula dan di tengahnya ada lapisan coklat.











Puding Cocoa Puff 
Resipi Asal: Sya Qiela
Dicuba dan Diolah oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Resipi asal:
Sebungkus agar-agar (RM 2)
Biskut cocoa puff secukupnya
8 cawan air
2 cawan gula
2 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung kastad
5 sudu makan pes pandan
3/4 buttercup
Sedikit pewarna hijau

Kisar telur, susu cair, santan, tepung kastad dan ketepikan. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula dan kacau. Masukkan pula buttercup dan kacau hingga cair. Bila semua bahan sudah sebati, masukkan bahan yang dikisar tadi. Masak atas api sederhana sambil dikacau selalu sehingga agak pekat. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna asal (kuning) manakala satu bahagian lagi letakkan pewarna hijau dan pes pandan. Masukkan sedikit adunan kuning ke dalam loyang atau bekas yang sesuai, kemudian susun biskut cocoa puff di atasnya. Tuangkan pula warna hijau di atas biskut tadi dan susun cocoa puff di atasnya. Ulangi hingga habis. Sejukkan di dalam petiais sebelum dihidangkan.

Saya kurang pasti berat agar-agar yang berharga RM 2 jadi saya olah balik resipi di atas menggunakan 18g agar-agar

Cara saya: 

18 g agar-agar bertali
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (atau secukup rasa)
2 biji telur gred B
1 1/4 cawan susu cair
1/2 cawan santan pekat
2/3 cawan tepung kastad
125 g butter
Sedikit vanilla
Secubit garam
Pewarna oren (orange red)

Cara membuatnya sama seperti di atas cuma saya gantikan pewarna hijau dengan warna oren dan saya masukkan perisa vanilla ke dalam adunan ini. 







Sunday 21 February 2016

Steamed Marble Cake




Steamed Marble Cake atau Kek Marble Kukus ini dibuat menggunakan resipi Kek Vanilla Kukus. Resipinya saya perolehi dari group telegram Jom Masak dan Makan. Keknya lembut gebu dan enak. Cara membuatnya juga sangat mudah.





Steamed Marble Cake
Sumber: Puan Fazlyna dari Group telegram, Jom Masak dan Makan
(Nama asal kek ni ialah Kek Vanila Kukus)
Dicuba oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahan: 
4 biji telur
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh vanilla
1 cawan gula ( saya guna gula castor dan sy guna kurang sikit dari sukatan ni)
1/2 cawan minyak masak ( saya guna butter yang dicairkan)
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder (saya guna 1 1/2 sudu teh)
Choc paste/emulco (saya guna sedikit serbuk koko yang dibancuh dgn air panas)

Cara membuatnya:

Pukul telur, ovallete, gula dan esen vanilla sehingga betul-betul kembang (hingga pekat dan putih). Masukkan minyak (saya gantikan dengan butter yang dicairkan) dan pukul hingga sebati. Masukkan pula susu cair dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum yang diayak dengan baking powder dan kaup balikkan hingga rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan choc paste ke dalam satu adunan manakala satu lagi adunan dibiarkan begitu saja. Masukkan adunan choc ke dalam acuan yang disapu minyak dan kemudiannya masukkan pula adunan putih (saya masukkan kedua-dua adunan secara rawak dan saya guna hujung chopstick untuk buat corak marble). Kukus menggunakan api sederhana sehingga masak iaitu lebih kurang 30-40 minit (saya kukus dengan api besar selama 10 minit dan kemudian kukus dengan api sederhana hingga kek masak).


Thursday 18 February 2016

Choc Almond Cake (Kek Coklat Badam)



Resipi Kek Coklat Badam ni saya salin dari racangan tv sahaja. Resipi dari Chef Wan ni sangat enak dan menjadi kegemaran kami sekeluarga. Gabungan kek coklat yang lembut dan enak bersama sos kastad koko memang betul-betul mantap. Dalam gambar di atas ini saya telah menggantikan sos kastad koko dengan choc ganache.



                             







Choc Almond Cake (Kek Coklat Badam)
Resipi: Chef Wan
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahannya:
230g butter
300g gula halus
3 biji telur
235g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan koko
1 cawan air panas
1/2 cawan serbuk badam
sedikit vanilla

Ayak tepung gandum dan baking powder. Campur dengan serbuk badam dan ketepikan. Bancuhserbuk koko bersama air panas hingga sebati. Ketepikan.
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan juga vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung berselang seli dengan bancuhan koko ke dalam adunan butter. Kaup dan balikkan hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang bentuk cincin (bundt pan) dan bakar lebih kurang 50-55 minit pada suhu 175-180 darjah atau hingga masak.




Sos Kastad Koko 
(saya tak buat sos ni, saya guna ganache sebagai topping)

300 ml susu segar
250 ml krim putar - tak perlu dipukul
3 biji kuning telur
50g gula kastor
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar butter

Panaskan susu dan krim. Masukkan koko dan kacau hingga sebati. Sementara itu pukul telur, gula dan tepung kastad hingga sebati. Bila adunan susu mendidih, alihkan dari api dan masukkan sedikit adunan ini ke dalam telur sambil dikacau dengan cepat supaya tak bergentel. Satukan adunan telur ini ke dalam lebihan adunan susu dan masak sambil dikacau selalu hingga pekat. Tuang ke atas kek yang telah sejuk.


Choc Ganache
(ni resipi ganache yang saya guna sebagai topping kek ni, saya tak guna resipi sos kastad Chef Wan)

250 g coklat masakan dipotong kecil2 dan masukkan ke dalam bekas tahan panas
200 ml krim putar - tak perlu putarkan
1 sudu besar minyak masak

Panaskan krim putar hingga mula mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas berisi coklat. Biar 1-2 minit dan kacau hingga coklat larut. Masukkan minyak dan kacau biar sebati. Biar pada suhu bilik hingga pekat dan mudah digunakan. Tuang di atas kek dan lebihan ganache boleh dipaipkan sebagai hiasan. Kalau ganache terlalu keras, panaskan sebentar supaya cair sedikit. Sukatan untuk krim putar bleh ditambah jika suka topping lebih cair dan bleh dikurangkan jika suka topping lebih keras.

Selamat Mencuba!



































Tuesday 16 February 2016

Kuih Bakar/Bangkit Santan Tradisi



Kuih Bangkit Santan atau lebih dikenali sebagai Kuih Bakar di sebelah Utara Semenanjung merupakan kuih tradisi yang tak lapuk dek zaman. Rasanya yang lemak-lemak manis dan cair di dalam mulut menjadikannya salah satu kuih tradisi yang digemari ramai. Kuih ini kelihatan mudah untuk dibuat tapi jika tersilap langkah mungkin tidak menghasilkan kuih yang enak lagi bermutu. Resipi ini saya dapat daripada bonda saya yang pernah belajar membuat kuih ini daripada sahabatnya yang sememangnya pakar dalam pembuatan Kuih Bangkit ini.











 




Kuih Bakar/Bangkit Santan Tradisi
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
(Resipi bonda saya)

Bahan-bahan:
16 oz (450g) tepung ubi
15 sudu besar (1 cawan) gula - kisar dan ayak
4 helai daun pandan - potong 2-3 inci panjang
Santan pekat (tidak dicampur air) secukupnya (lebih kurang 1/2 cawan)
2 biji telur - buang pusatnya

Cara membuatnya:
Satukan daun pandan dengan tepung ubi di dalam kuali. Sangai (goreng tanpa minyak) atas api perlahan sehingga tepung menjadi ringan. Ketepikan sehingga sejuk dan buang daun pandan. Satukan telur dan gula dan pukul menggunakan hand whisk hingga sebati tapi jangan sampai kembang. Masukkan tepung dan santan berselang seli sambil digaul hingga rata dan menjadi doh. (Saya satukan telur, gula dan separuh dari santan dan kisar dalam blender hingga sebati. Kemudian saya tapis adunan ini ke dalam tepung yang telah sejuk. Gaul hingga rata dan tambahkan sedikit demi sedikit santan sehingga menjadi doh). Bungkus dengan plastik dan ketepikan selama 3 jam. Canai dan terap menggunakan acuan pilihan. Susun atas dulang bergris dan bakar pada suhu 150-160 darjah selama 15-20 minit mengikut oven masing-masing sehingga masak. 

Nota: Cara membuat kuih bakar ini mudah sahaja tetapi kalau tak kena caranya, mungkin tidak mendapat hasil yang baik. Pastikan:
1. Tepung digoreng sehingga ringan dan biarkan sejuk sebelum digunakan. 
2. Santan diperah dari kelapa parut dengan menggunakan kain muslin dan tidak ditambah air sedikitpun. 
3. Buangkan pusat telur sebelum digunakan.
4. Pastikan gula hancur sepenuhnya sebelum disatukan dengan tepung.
Resipi ini menghasilkan kuih yang  permukaanya tidak merekah. Jika inginkan kuih yang permukaannya merekah, menurut ibu saya tambahkan 1 sudu teh baking soda ke dalam adunan.






Biskut Lidah Kucing Freehand Version





Biskut Lidah Kucing merupakan biskut moden yang sangat popular terutama semasa musim perayaan. Semasa raya aidilfitri, biskut ini antara biskut yang banyak terdapat di 
gerai yang menjual biskut raya. Warnanya yang seperti warna pelangi amat cantik dan mampu 
menarik minat ramai golongan untuk mencubanya. Biskutnya rapuh dan enak 
sekali. Disebabkan saya tidak punya acuan untuk biskut ini jadi saya buat dalam bentuk freehand sahaja. 










Biskut Lidah Kucing Freehand Version
Sumber resipi: Kak Wan @ Blog Citarasawan (sila lihat di sini)

250gm mentega
175gm gula castor (sy pakai gula aising)
100ml putih telur
200gm tepung gandum 
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Saya tambah sedikit esen vanilla
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru

Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan emplex. Ketepikan. Satukan mentega dan gula dan pukul hingga kembang.  Masukkan putih telur dan vanilla dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan bahan2 yg diayak tadi dan gaul rata. Bahagikan kepada 5 bahagian dan warnakan. Masukkan ke dalam piping beg dan gunting hujungnya. Alas dulang dengan kertas minyak dan paipkan adunan pertama berbentuk garisan lurus sepanjang 1 inci. Paipkan adunan kedua berbentuk bujur keliling adunan pertama tadi. Ulangi dengan warna seterusnya hingga habis semua warna. Kalau ikut Kak Wan (tuan punya resipi) bakar pada suhu 150 drj, tp saya bakar pd suhu 180 drj. Bakar hingga garing. Jangan bakar terlalu lama, nanti warna biskut pudar dan nampak tak cantik.

Nota: Biskut  ini mengembang bila dibakar. Kalau nk biskut yg lebih kecil, guna 3-4 warna sahaja..







Mini Donut Cookies



Idea asal untuk buat biskut ini datang bila ternampak ada yang menjual biskut yang berbentuk donut mini dengan topping yang pelbagai. Nampak begitu menarik sekali jadi sayapun cuba buat menggunakan resipi sendiri. Alhamdulillah mendapat sambutan yang hangat dari ahli keluarga sendiri dan juga pelanggan. Yang buat baru-baru habis dalam sekelip mata sahaja. 









Mini Donut Cookies
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahannya:
40 g shortening
200 g butter
1 biji telur (gred B)
1 1/4 cawan gula halus (guna 1 1/2 cawan jika suka manis)
1 1/2 sudu teh vanilla
Extra tepung gandum jika perlu

Bahan yang diayak bersama:
3 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 cubit emplex jika nak biskut yang rangup - optional

Bahan untuk sadur:
Cooking choc (boleh juga guna white choc, milk choc atau dark choc. Nak guna 2-3 jenis pun boleh.. Biasanya saya guna dark choc n white choc untuk dapatkan rasa yang berlainan)

Topping:
Nestum
Kelapa kering
Serbuk roti (yang kering dan berwarna putih)
Kekacang
Hundred thousands 
Atau lain-lain yang susuai

Cara membuatnya:
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga betul-betul kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh yang lembut (tak semestinya guna semua tepung tu). Kalau terlalu lembik boleh tambah sedikit lagi tepung. Canai adunan dan terap kepada bentuk donut. Kalau tak ada acuan donut yang kecil, bolah guna kaedah yang saya guna. Terapkan bentuk bulat dan untuk lubang bahagian tengahnya terap menggunakan straw. Susun atas dulang bergris dan bakar pada suhu 180-190 darjah selama 12-18 minit mengikut oven serta saiz biskut. Setelah biskut sejuk, cairkan coklat dan celup permukaan biskut dalamnya. Selepas itu celupkan permukaan biskut yang bersalut coklat di dalam topping kegemaran. Biar hingga coklat set baru disimpan dalam bekas kedap udara. Kalau nak coklatnya beku dengan lebih cepat, boleh disimpan sebentar dalam bilik berhawa dingin atau dalam petiais.