Translate

Thursday 18 February 2016

Choc Almond Cake (Kek Coklat Badam)



Resipi Kek Coklat Badam ni saya salin dari racangan tv sahaja. Resipi dari Chef Wan ni sangat enak dan menjadi kegemaran kami sekeluarga. Gabungan kek coklat yang lembut dan enak bersama sos kastad koko memang betul-betul mantap. Dalam gambar di atas ini saya telah menggantikan sos kastad koko dengan choc ganache.



                             







Choc Almond Cake (Kek Coklat Badam)
Resipi: Chef Wan
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahannya:
230g butter
300g gula halus
3 biji telur
235g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan koko
1 cawan air panas
1/2 cawan serbuk badam
sedikit vanilla

Ayak tepung gandum dan baking powder. Campur dengan serbuk badam dan ketepikan. Bancuhserbuk koko bersama air panas hingga sebati. Ketepikan.
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan juga vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung berselang seli dengan bancuhan koko ke dalam adunan butter. Kaup dan balikkan hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang bentuk cincin (bundt pan) dan bakar lebih kurang 50-55 minit pada suhu 175-180 darjah atau hingga masak.




Sos Kastad Koko 
(saya tak buat sos ni, saya guna ganache sebagai topping)

300 ml susu segar
250 ml krim putar - tak perlu dipukul
3 biji kuning telur
50g gula kastor
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar butter

Panaskan susu dan krim. Masukkan koko dan kacau hingga sebati. Sementara itu pukul telur, gula dan tepung kastad hingga sebati. Bila adunan susu mendidih, alihkan dari api dan masukkan sedikit adunan ini ke dalam telur sambil dikacau dengan cepat supaya tak bergentel. Satukan adunan telur ini ke dalam lebihan adunan susu dan masak sambil dikacau selalu hingga pekat. Tuang ke atas kek yang telah sejuk.


Choc Ganache
(ni resipi ganache yang saya guna sebagai topping kek ni, saya tak guna resipi sos kastad Chef Wan)

250 g coklat masakan dipotong kecil2 dan masukkan ke dalam bekas tahan panas
200 ml krim putar - tak perlu putarkan
1 sudu besar minyak masak

Panaskan krim putar hingga mula mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas berisi coklat. Biar 1-2 minit dan kacau hingga coklat larut. Masukkan minyak dan kacau biar sebati. Biar pada suhu bilik hingga pekat dan mudah digunakan. Tuang di atas kek dan lebihan ganache boleh dipaipkan sebagai hiasan. Kalau ganache terlalu keras, panaskan sebentar supaya cair sedikit. Sukatan untuk krim putar bleh ditambah jika suka topping lebih cair dan bleh dikurangkan jika suka topping lebih keras.

Selamat Mencuba!



































1 comment: