Translate

Tuesday 16 February 2016

Kuih Bakar/Bangkit Santan Tradisi



Kuih Bangkit Santan atau lebih dikenali sebagai Kuih Bakar di sebelah Utara Semenanjung merupakan kuih tradisi yang tak lapuk dek zaman. Rasanya yang lemak-lemak manis dan cair di dalam mulut menjadikannya salah satu kuih tradisi yang digemari ramai. Kuih ini kelihatan mudah untuk dibuat tapi jika tersilap langkah mungkin tidak menghasilkan kuih yang enak lagi bermutu. Resipi ini saya dapat daripada bonda saya yang pernah belajar membuat kuih ini daripada sahabatnya yang sememangnya pakar dalam pembuatan Kuih Bangkit ini.











 




Kuih Bakar/Bangkit Santan Tradisi
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
(Resipi bonda saya)

Bahan-bahan:
16 oz (450g) tepung ubi
15 sudu besar (1 cawan) gula - kisar dan ayak
4 helai daun pandan - potong 2-3 inci panjang
Santan pekat (tidak dicampur air) secukupnya (lebih kurang 1/2 cawan)
2 biji telur - buang pusatnya

Cara membuatnya:
Satukan daun pandan dengan tepung ubi di dalam kuali. Sangai (goreng tanpa minyak) atas api perlahan sehingga tepung menjadi ringan. Ketepikan sehingga sejuk dan buang daun pandan. Satukan telur dan gula dan pukul menggunakan hand whisk hingga sebati tapi jangan sampai kembang. Masukkan tepung dan santan berselang seli sambil digaul hingga rata dan menjadi doh. (Saya satukan telur, gula dan separuh dari santan dan kisar dalam blender hingga sebati. Kemudian saya tapis adunan ini ke dalam tepung yang telah sejuk. Gaul hingga rata dan tambahkan sedikit demi sedikit santan sehingga menjadi doh). Bungkus dengan plastik dan ketepikan selama 3 jam. Canai dan terap menggunakan acuan pilihan. Susun atas dulang bergris dan bakar pada suhu 150-160 darjah selama 15-20 minit mengikut oven masing-masing sehingga masak. 

Nota: Cara membuat kuih bakar ini mudah sahaja tetapi kalau tak kena caranya, mungkin tidak mendapat hasil yang baik. Pastikan:
1. Tepung digoreng sehingga ringan dan biarkan sejuk sebelum digunakan. 
2. Santan diperah dari kelapa parut dengan menggunakan kain muslin dan tidak ditambah air sedikitpun. 
3. Buangkan pusat telur sebelum digunakan.
4. Pastikan gula hancur sepenuhnya sebelum disatukan dengan tepung.
Resipi ini menghasilkan kuih yang  permukaanya tidak merekah. Jika inginkan kuih yang permukaannya merekah, menurut ibu saya tambahkan 1 sudu teh baking soda ke dalam adunan.






3 comments:

  1. It is a fantastic post – immense clear and easy to understand. I am also holding out for the sharks too that made me laugh. get more info about cny kueh bangkit

    ReplyDelete
  2. Wow, cool post. I’d like to write like this too – taking time and real hard work to make a great article… but I put things off too much and never seem to get started. Thanks though. https://singapore-delicacies-for-you.blogspot.com/2021/11/chinese-new-year-cookies-as-gifts.html

    ReplyDelete
  3. I definitely enjoying every little bit of it. It is a great website and nice share. I want to thank you. Good job! You guys do a great blog, and have some great contents. Keep up the good work. kueh bangkit singapore

    ReplyDelete