Translate

Tuesday 23 February 2016

Biskut Aiskrim (Versi Love)




Biskut Aiskrim ini merupakan salah satu biskut yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan semasa saya mengambil tempahan biskut raya dahulu. Resipi asalnya saya perolehi dari bonda saya yang sememangnya pakar dalam pembuatan biskut. Kali ini saya buat dengan penampilan yang sedikit berbeza iaitu berbentuk hati kerana kehilangan acuan yang berbentuk aiskrim.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut ini ialah:

120g butter
20 g shortening
60 g gula castor atau gula halus
200 g tepung gandum
30 g tepung arrow root (boleh gantikan dengan tepung ubi)
1/8 sudu teh (setengah dari 1/4 sudu teh) emplex
1/2 sudu teh vanilla
Coklat masakan atau kompaun
Badam cincang - dipanggang





Pukul butter, shortening dan gula halus hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga kembang.





Ayak tepung gandum bersama tepung arrowroot dan emplex. Masukkan ke dalam adunan butter yang dipukul tadi dan gaul hingga rata.





Adunan yang digaul tadi sedia untuk dicanah.





Canai adunan mengikut ketebalan yang diingini.





Canai pula dengan menggunakan pencanai yang bergerigi seperti dalam gambar.




Begini rupanya setelah dicanai menggunakan pencanai bergerigi





 Canai lagi sekali menggunakan pencanai bergerigi tapi pada arah yang bersilang dengan arah yang mula tadi seperti dalam gambar di atas.





Terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim (kali ni saya guna acuan bentuk hati sahaja).
Susun atas dulang bergris dan bakar pada suhu 170-180 darjah 10-15 minit hingga masak.





Beginilah rupa biskut aiskrim yang telah siap dibakar. 






Biskut yang telah dibakar dibiarkan sejuk dahulu sebelum dihias. 






Setelah biskut sejuk, celupkan sebahagian  dari biskut ke dalam coklat yang dicairkan (celupkan bahagian atas biskut dengan coklat jika menggunakan acuan berbentuk aiskrim). Tabur bahagian yang dicelup dalam coklat dengan badam cincang. Ketepikan sehingga coklat mengeras.










Jom semak resipinya sekali lagi:

Biskut Aiskrim (Versi Love)
Sumber resipi: Bonda Saya 
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahan:
120g butter
20 g shortening
60 g gula castor atau gula halus
200 g tepung gandum
30 g tepung arrow root (boleh gantikan dengan tepung ubi)
1/8 sudu teh (setengah dari 1/4 sudu teh) emplex
1/2 sudu teh vanilla
Coklat masakan atau kompaun
Badam cincang - dipanggang

Cara membuatnya: 
Ayak tepung gandum, tepung arrowroot dan emplex. Ketepikan.

Pukul butter, shortening dan gula halus hingga kembang. Masukkan telur dan vanilla dan pukul lagi hingga kembang.

Masukan tepung dan gaul hingga menjadi doh.

Canai adunan mengikut ketebalan diingini dan canai lagi atasnya menggunakan pencanai yang bergerigi 2 kali secara bersilang untuk dapatkan corak pada permukaannya seperti biskut dalam gambar. 

Terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim (kali ni saya guna acuan bentuk hati sahaja).

Susun atas dulang bergris dan bakar pada suhu 170-180 darjah 10-15 minit hingga masak.

Sejukkan dahulu biskut sebelum dicelupkan bahagian atasnya dalam coklat. Tabur dengan badam cincang pada bahagian yang dicelup coklat. 

Selamat Mencuba!





No comments:

Post a Comment