Translate

Sunday 21 February 2016

Steamed Marble Cake




Steamed Marble Cake atau Kek Marble Kukus ini dibuat menggunakan resipi Kek Vanilla Kukus. Resipinya saya perolehi dari group telegram Jom Masak dan Makan. Keknya lembut gebu dan enak. Cara membuatnya juga sangat mudah.





Steamed Marble Cake
Sumber: Puan Fazlyna dari Group telegram, Jom Masak dan Makan
(Nama asal kek ni ialah Kek Vanila Kukus)
Dicuba oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahan: 
4 biji telur
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh vanilla
1 cawan gula ( saya guna gula castor dan sy guna kurang sikit dari sukatan ni)
1/2 cawan minyak masak ( saya guna butter yang dicairkan)
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder (saya guna 1 1/2 sudu teh)
Choc paste/emulco (saya guna sedikit serbuk koko yang dibancuh dgn air panas)

Cara membuatnya:

Pukul telur, ovallete, gula dan esen vanilla sehingga betul-betul kembang (hingga pekat dan putih). Masukkan minyak (saya gantikan dengan butter yang dicairkan) dan pukul hingga sebati. Masukkan pula susu cair dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum yang diayak dengan baking powder dan kaup balikkan hingga rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan choc paste ke dalam satu adunan manakala satu lagi adunan dibiarkan begitu saja. Masukkan adunan choc ke dalam acuan yang disapu minyak dan kemudiannya masukkan pula adunan putih (saya masukkan kedua-dua adunan secara rawak dan saya guna hujung chopstick untuk buat corak marble). Kukus menggunakan api sederhana sehingga masak iaitu lebih kurang 30-40 minit (saya kukus dengan api besar selama 10 minit dan kemudian kukus dengan api sederhana hingga kek masak).


No comments:

Post a Comment