Translate

Sunday 6 March 2016

Aloo Tamatar Ka Jhol







 Jika anda ingin mencuba suatu hidangan yang baru serta lain dari kebiasaan, bolehlah cuba Aloo Tamatar Ka Jhol yang berasal dari negara India. Masakan ini menggunakan kentang sebagai bahan utamanya.  Masakan kentang berempah ini sangat enak dihidangkan bersama paratha, naan, puri, capati ataupun nasi panas. Resipi asalnya saya ambil dari Food.ndtv.com dan saya telah membuat sedikit pengubahsuaian mengikut citarasa sendiri.













Aloo Tamatar Ka Jhol
Resipi: Chef Aditya Bal
Sumber Resipi: Food.ndtv.com 
(Klik di sini untuk lihat resipi ini di Food.ndtv.com)

Bahan-bahan:
2 biji kentang dipotong dadu (saya guna 4 biji) - dicelur separuh masak
250 g paneer (saya tak guna)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
Minyak secukupnya untuk menggoreng kentang

Untuk kuahnya:
1 biji buah pelaga hitam (saya tak guna)
3 biji buah pelaga (saya tak guna sebab tak ada stock)
1 batang kulit kayu manis
3 butir bunga cengkih
1 sudu teh biji jintan putih
1 labu bawang besar - didadu
2 sudu teh halia yang dicincang
2-3 ulas bawang putih - dicincang
1 tangkai cili hijau - didadu
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan putih (saya guna 1/2 sudu teh)
1 sudu teh serbuk ketumbar
2-3 biji tomato - didadu (saya guna 1 1/2 biji)
Air secukupnya
2-3 sudu besar susu segar (saya guna plain yougurt)
1 sudu besar butter
Garam secukup rasa
Saya juga tambahkan sedikit gula
Sedikit daun pudina

Cara membuatnya:
Kentang yang dicelur tadi ditoskan dan digaul bersama garam, serbuk cili dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kekuningan. Angkat dan toskan. 

Keluarkan sedikit minyak baki menggoreng kentang tadi. Tinggalkan dalam 2-3 sudu besar sahaja untuk menumis. Panaskan minyak tersebut dan tumis buah pelaga, buah pelaga hitam, bunga cengkih, biji jintan putih. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis hingga keemasan. Masukkan pula bawang putih, halia dan cili hijau. Kacau hingga layu. 

Masukkan pula serbuk kunyit, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan tomato. Masak sehingga tomato mula hancur. Masukkan sedikit air dan renihkan selama 3-4 minit.

Masukkan susu (saya guna yougurt) dan butter. Renihkan sebentar hingga sebati. Masukkan kentang dan masak lagi selama 3-4 minit.

Angkat dan tabur daun pudina yang dicincang di atasnya.






No comments:

Post a Comment