Translate

Wednesday 9 March 2016

Moist Vanilla Cake








Baru-baru ini anak di asrama beritahu kawannya teringin nak makan kek coklat yang saya bekalkan pada anak saya, tapi dia tak dapat makan kerana alah pada koko/coklat. Jadi saya buatkan Moist Vanilla cake ini khas untuknya. Alhamdulillah, gembira rasa hati bila dengar kawan anakanda saya amat menggemari kek ini. Sayang sedikit saja kek ini terlajak warna.





Warna warni umpama pelangi..








Moist Vanilla Cake 
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
(Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik)

Bahan-bahan:
1 cawan butter (240 g)
1 cawan susu segar (kalau suka sedikit rasa yougurt, boleh juga guna 1/4 cawan yougurt + 3/4 cawan susu segar)
1 1/4 cawan gula castor (boleh kurangkan sedikit)
4 biji telur (whole eggs)
2 biji putih telur 
2 sudu teh ovalette
2 2/3 cawan tepung superfine atau tepung gandum (2 +1/3 + 1/3 cawan)
2 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh vanilla

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.. 

Pukul butter, gula dan ovalette hingga kembang...

Masukkan telur (whole eggs) sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang dan gula larut...

Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder, berselang seli dengan susu dan kaup balikkan hingga sebati. (Masukkan 1/3 dari tepung dahulu, kemudian masukkan 1/2 dari susu.. Ulang sehingga habis tepung dan susu). Ketepikan..

Pukul putih telur hingga kembang..

Kaupkan putih telur yang dipukul tadi ke dalam adunan kek. Kalau suka boleh warnakan adunan mengikut warna kesukaan (saya warnakan seperti pelangi)..

Masukkan ke dalam bundt pan atau loyang biasa yang berukuran 8 inci.. 

Bakar pada suhu 175-180 darjah selama 1-1 1/2 jam bergantung pada oven dan loyang yang digunakan (saya bakar selama 1 jam 25 minit menggunakan bundt pan seperti dalam gambar)..

Selamat Mencuba!
























No comments:

Post a Comment